Wednesday, September 24, 2014

Ceritera Rumah...

Tiba-tiba pulak rasa nak bernostalgia sikit pasal rumah ni...

Setiap pasangan yang berkahwin mesti menyimpan impian nak memiliki rumah sendiri, kan? Dalam kami punya hal, pengalaman untuk memiliki rumah impian ini boleh tahan warna-warninya... huhu...

Sekitar tahun 2004, kami beli sebidang tanah lot yang letaknya di satu kawasan kampung yang bagi kami amat mendamaikan dan ia menjadi antara faktor utama kami membelinya.

Nak buat rumah terus tak mampu sangat lagi pada masa tu, jadi kami tinggal di kuarters saja sementara menunggu masa dan keadaan kewangan yang sesuai untuk kami. Kalau tak silap saya sekitar tahun 2009 apabila kami merasakan sudah tiba masanya kami melangkah ke tahap seterusnya iaitu membina rumah idaman, maka mulalah kami mencari arkitek untuk kelulusan pelan rumah.

Ketika itulah baru kami tahu bahawa kami telah tertipu dengan pihak pemaju kerana rupanya mereka belumpun mendapatkan kelulusan pelan infrastruktur yang menjadi syarat untuk meluluskan pelan rumah kami tu.

Kecewa sungguh masa tu... pelbagai usaha kami buat bagi membolehkan pelan rumah kami itu diluluskan tapi banyak sungguh kesukaran disebabkan sikap tiada kerjasama dengan pihak pemaju. But what do you expect, right? Kalau dah boleh menipu, apa lagi yang mereka tak boleh buat, kan?

Dah serik dengan pengalaman lepas, kami buat keputusan nak beli rumah siap saja. Pencarian demi pencarian, dipendekkan cerita En Suami terjumpa satu info tentang 2 unit rumah jenis semi-D di kawasan Sepang yang masih berbaki sedangkan rumah-rumah lain telahpun didiami para penduduk taman itu hampir setahun.

Maka, inilah dia... built-in agak kecil tapi kami tak kisah kerana keluasan tanahnya lebih besar dari tanah lot yang dibeli sebelum ni... 5500 kaki persegi vs 6800 kaki persegi... not bad... Alhamdulillah... :)





Tak sabor-sabor nak duduk rumah baru, padahal plan nak renovate dulu... hihi... langsir paling canggih menggunakan bahan kitar semula... ^_^



Tengok tu... kemain En Suami. Dok memikior nak menanam pokok apa gamaknya kot... ^_^



Setiap sudut nak diambik gambonya almaklum nanti dah nak kena pecah... huhu... buat kenangan rumah asal...



Alo... lo... kecik lagi si Tisya masa ni... entah apa yang dibuatnya tu... ^_^







Belum masuk kisah renovation lagi... arghhh... sakit hati jugaklah mengenangkan pengalaman kena tipu dengan kontraktor nih... huhu...

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Jika tak keberatan. Boleh saya tahu status tanah lot yang puan beli dulu. Adakah prosesnya sudah selesai?

    ReplyDelete