Saturday, February 4, 2012

Trip Guangzhou Pt 1

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 3.30 ptg dan tiba di LCCT sekitar jam 4.30 ptg. Kereta tersangatlah banyak rupanya di waktu ni sehingga jenuh hubby berpusing beberapa kali mencari tempat parking. Mama sendiripun dah naik panik menunggu hubby tak datang lagi padahal dah nak hampir waktu untuk tutup gate. Akhirnya lega nampak kelibat hubby. Kata hubby, dia terpaksa parking di tepi jalan saja. Masaklah kami balik nanti. Tentu dapat surat cinta dari pihak berkuasa.

Tergesa-gesa kami menuju ke pintu gate untuk ke balai berlepas.

Tiba masanya untuk berlepas...

Dengan lafaz Bismillah... Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa di Langit dan di Bumi. Lindungilah perjalanan kami ini... Ya Allah, jadikanlah musafir kami ini sebagai satu perjalanan yang akan mendekatkan lagi diri kami dengan-Mu. Semoga kami dapat menimba sebanyak-banyaknya pengalaman dan pengajaran dari musafir kami ini. Amin...

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju, maka telah tetap pahala di sisi Allah, dan adalah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an Nisa’:100)



Alhamdulillah... selamat tiba. Pilot maklumkan suhu di luar adalah 10 darjah Celcius... mari kita main hembus asap! :)



Setibanya di Baiyun Airport kami cuba dapatkan teksi. Sebelum ini mama ada baca-baca tips di Internet yang dikongsi oleh mereka yang pernah berkunjung ke Guangzhou sebelum ini. Salah satu info yang sangat penting ialah komunikasi di sana yang agak sukar kerana kebanyakan masyarakat di sana tidak tahu berbahasa Inggeris jadi digalakkan sangat untuk menulis nama tempat-tempat yang ingin kita tuju dalam tulisan Cina lebih-lebih lagi jika kita tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong.

Kami menghadapi satu situasi yang agak panik apabila sebaik saja kami letakkan beg kami di bonet kereta dan masuk ke dalam teksi tiba-tiba datang dua orang lelaki bercakap-cakap dengan pemandu teksi dalam nada suara seperti orang hendak bergaduh. Terpinga-pinga kami semasa tu yang tak memahami apa yang mereka cakapkan. Dalam hati kami dah mula risau dan cuak jika sesuatu yang buruk berlaku. Hanya berdoa dalam hati agar keadaan terkawal.

Lelaki Cina tadi terus saja masuk ke dalam teksi dan bercakap-cakap dengan nada yang kasar dan kemudian keluar semula dari teksi.

Lega sekejap namun hati kembali resah memikirkan samada pemandu teksi tersebut tahu lokasi hotel yang bakal menjadi tempat penginapan kami sepanjang di Guangzhou ni.

Alhamdulillah sampai juga ke hotel yang kami tempah tapi susahnya yang amat sementara nak dapat masuk ke bilik. Jenuh kami menekan translator di handphone minah comel yang jaga kaunter tu.

Masuk je bilik, saya dah pulun cari heater tapi tak jumpa yang mana satu. Turun semula ke bawah nak bertanya. Seperti di awal tadi, main tekan-tekan translator handphone dan akhirnya segala persoalan telah terjawab. Apa!!! Tak ada heater!? Di musim dingin yang macam ni?! Adehhh... betul-betul hotel bajet ni... Makcik cleaner berbaik hati membekalkan kami extra comforter... Satu lagi cabaran... mengambil wudhuk dalam keadaan suhu yang sejuk... kewajipan tetap perlu ditunaikan. Rezeki kita melihat tempat orangpun kurniaan dari-Nya juga... Selesai solat jamak taakhir, tidurlah kami dalam kesejukan dan keletihan yang amat...

No comments:

Post a Comment