Friday, March 21, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah :)

Setiap kali tibanya cuti sekolah mulalah Mama sibuk memikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak... yang penting aktiviti dapat merapatkan hubungan keluarga, tidak mahal, banyak manfaat pada kami atau orang sekeliling, menyeronokkan...

Antara yang berlegar dalam fikiran Mama...


Kredit foto : CrownVerity

Masak sama-sama atau BBQ dan berkelah di luar rumah :)



Kredit foto : Housekeeping

Gotong-royong mengemas rumah, buat pertandingan tapi hadiahnya boleh dikongsi bersama dapat menggalakkan persaingan tapi hasilnya lebih seronok dikongsi bersama. Contoh, hadiah hamper dan dinikmati bersama :)


Kredit foto : sswimmingpools

Main air!!! :D


Kredit foto : lawncamping

Lawn Camping! Lalalalala :D


Kredit foto : taufiking

Mari kita cuci masjid! ^_^


Kredit foto : kidspot

Permainan yang bukan sendiri-sendiri tapi jana kreativiti dan komunikasi bersama :)

Zaman Mama dulu kami main permainan tuju tin atau tuju kasut, rounders, main rakit batang pisang di sungai belakang rumah Tok... ahhhh... nostalgianya... :')


Kredit foto : todaysparent


Kredit foto : mazniazmi

Siapa kata kita tak boleh bergembira di dalam rumah? Boleh main indoor game dan usrah keluarga bersama :)

Tak dilupakan pesanan penting ini untuk diri Mama...

No comments:

Post a Comment