Saturday, January 14, 2012

Trip Phnom Penh Pt 1



Tiba di LCCT sekitar jam 5.25 pagi. Bukan main sibuk hubby dengan bagpacknya :)





Tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh sekitar jam 8.40 pagi. Selepas keluar dari kawasan pemeriksaan Imigresen, Mama terus menuju ke tandas. Owh... tak ada paip air rupanya! Keluar semula untuk beli air mineral di kedai berhampiran. Harganya USD1.50. Amboisss! Mahalnya! Memandangkan tiada duit syiling di dalam matawang USD maka dipulangkan bakinya dalam matawang Riel. USD1 bersamaan 4000riel mama dimaklumkan. Jadi baki belian air mineral 2000riel.

Mama dan En Hubby ambil cab untuk ke Puncak Hotel. Caj dikenakan sebanyak USD9. Setibanya kami di Puncak Hotel, kami disambut oleh Mr Abdul Kadiet bin Yahya, Pengurus Jualan yang mengambil tempahan bilik dari Mama melalui emel sahaja.



Selepas check in hotel, kami minta bantuan Mr Kadiet yang sangat fasih berbahasa Melayu untuk dapatkan Tuk Tuk dan pemandu Muslim untuk kami. Pemandu Tuk Tuk kami namanya Hamzan. Memandangkan Hamzan tidak tahu berbahasa Melayu ataupun English jadi kami minta bantu Mr Kadiet untuk ceritakan perancangan lawatan kami kepada Hamzan iaitu untuk bawa kami ke Killing Field kemudiannya ke Genocide Center dan pulang semula ke hotel untuk lunch memandangkan agak sukar untuk mencari kedai makanan halal. Caj perjalanan kami menggunakan Tut Tut untuk trip ni sebanyak USD15.



Inilah Hamzan yang berbaju biru tu, pemandu kami yang setia menunggu kami :)



Harga tiket untuk masuk ke Killing Field adalah sebanyak USD2 seorang. Di sana terdapat satu bangunan yang kami difahamkan tersimpan tengkorak-tengkorak manusia yang menjadi mangsa kekejaman rejim Pol Pot.



Selepas itu, kami terus meninjau di kawasan sekeliling yang terdapat beberapa lubang dipercayai kubur besar yang menjadi tempat penguburan beramai-ramai mangsa-mangsa kekejaman. Meninjau kawasan itu, Mama bagai dapat membayangkan suasana ngeri ketika itu dengan raungan mangsa-mangsa yang disiksa sebelum dibunuh. Allahu... :(



Di satu kawasan, kelihatan 4 orang anak kecil di luar pagar yang menarik perhatian kami berdua. Melihat mereka membuatkan Mama terus teringat pada anak-anak yang ditinggalkan sekejap di rumah. Mereka cuba menghulurkan tangan sambil menyanyikan lagu untuk kami. Saya hulurkan sekeping wang kertas untuk dikongsi bersama kerana ketika itu tiada duit kecil. Tergambar di wajah mereka kesedihan kerana terpaksa berkongsi. Aduh... rasa bersalah dibuatnya :(





Tempat penyeksaan di Genocide Center. Mangsa akan digantung secara upside down dan direndamkan kepalanya ke dalam tempayan besar yang berisi air yang kotor dan bau yang sangat busuk! Allah... kejamnya manusia...

No comments:

Post a Comment