Sunday, February 5, 2012

Trip Guangzhou Pt 2

Selesai saja menunaikan solat Subuh, saya dan hubby lepak-lepak sekejap di bilik sambil menikmati milo 3 in 1 panas yang dibawa khas dari Malaysia dan menikmati pemandangan di sekitar dari tingkap bilik hotel penginapan kami.



Pemandangan dari bilik hotel kami. Hotel ni berdekatan dengan stesen LRT. Mereka yang dah biasa ke tempat ni biasanya memilih untuk ke mana-mana dengan menaiki LRT saja kerana tambangnya yang lebih murah berbanding travel dengan menaiki teksi...

Sekitar jam 8.30 pagi, kami mulakan perjalanan kami untuk mencari sebuah restoran makanan halal yang sering disebut-sebut di dalam blog mereka yang pernah berkunjung ke sana iaitu Abdullah Xinghai Restaurant. Sebenarnya tak tahu langsung di mana lokasinya. Tanya oranglah jawapnya. Ingat tips... tunjuk nama tempat dalam bahasa Cina... :)



Meninjau pemandangan rumah-rumah di sepanjang laluan kami.



Syahdunya... Inilah yang dinamakan susah senang kita bersama... :`)



Suasana di awal pagi yang sangat damai... tak banyak kereta lagi... :)



Kena tunggu kejap. Restoran belum dibuka... Awal sangat kami datang nampaknya. :)



Yeay... dah buka. Tengok... Awal sangat kami datang. Pekerja masih sibuk mengemas... Tak mengapalah kena tunggupun. Dapat jugak melihat kehidupan masyarakat di sini dari tingkap restoran :)



Antara pengunjung restoran dari Malaysia termasuklah Tok Guru Nik Aziz.



Inilah breakfast kami. Nasi gorengnya bukan main banyak. Portion untuk dua orang makan tu... Like the twisted bread very much... :) Memang tak larat nak habiskan. Tapau bawak balik ke bilik. Boleh makan sambil tengok rancangan TV yang tak difahami langsung bahasanya... :)



Aiyaaa... kalau diturutkan hati ni, mau kena tempah kontena nak hantar barang balik ke Malaysia ;b



Memandangkan saya dan hubby peminat lukisan maka itulah yang kami angkut selain set pinggan dan cawan yang agak unik dan jarang ditemui di Malaysia. Errr... atau mungkin juga kami je yang terlepas pandang set-set daripada Giacomo? :D



Laluan untuk ke Masjid Saad Ibni Abi Waqqas... impian yang menjadi kenyataan. Mama dan hubby sebenarnya teringin sangat nak mengunjungi makam Saad bin Abi Waqqas tapi agak sukar mencarinya di portal. Ada kemungkinan juga nama yang digunakan adalah berlainan. Ada satu yang dijumpai di dalam Google Maps tapi keputusan menunjukkan jaraknya yang agak jauh kira2 44km dari tempat penginapan kami jadi kami mengambil keputusan untuk membatalkan saja hasrat tapi paling tidakpun kami perlu juga untuk berkunjung ke Masjid Huaisheng yang lebih berdekatan.

Mengikut perancangan kami, sebelah petang kami nak jalan2 melihat-lihat tempat yang menjual pakaian wanita. Selepas itu cadangnya kami nak menaiki cab ke Masjid Huaisheng. Dalam perjalanan kami, tiba2 kami terjumpa satu pintu gerbang dengan kubah hijau di atasnya. Apabila didekati pintu gerbang itu, rupa-rupanya di situlah terletaknya Masjid Saad bin Abi Waqqas. Pucuk dicita ulam mendatang... alhamdulillah, hasrat kami tercapai tanpa disangka-sangka. Kami masuk ke dalam dan sangat menyeronokkan sebab hasrat kami untuk melihat suasana sambutan Maulidur Rasul juga tercapai...



Saudara kita nun di Guangzhou sana di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul. Hidangan makanan dan minumannya serba sederhana. Hanya roti dan sup untuk cicahan roti namun sambutannya dirasakan tetap meriah. Beriya mereka mengajak kami sertai sekali. :)



Kami menuju ke Makam Saad Ibni Abi Waqqas r.a. Sementara menunggu hubby menghabiskan bacaan Yassin, mama teringat kembali antara satu kisah tentang Saad Ibni Abi Waqqas yang mama baca dari satu blog ini...

Ketika ibuku mengetahui aku masuk Islam, dia marah bukan kepalang. Padahal aku anak yang berbakti dan mencintainya. Ibu memanggilku dan berkata: “Hai Saad! Agama apa yang engkau anut, sehingga engkau meninggalkan agama ibu bapakmu? Demi Allah! Engkau harus meninggalkan agama barumu itu! atau aku mogok makan minum sampai mati…! Biar pecah jantungmu melihatku, dan penuh penyesalan karena tindakanmu sendiri, sehingga semua orang menyalahkan dan mencelamu selama-lamanya.”

Jawabku: “Jangan lakukan itu, Bu! Tetapi aku tidak akan meninggalkan agamaku biar bagaimanapun.”

Ibu tegas dan keras melaksanakan ucapannya. Beliau benar-benar mogok makan minum. Sehingga tubuh dan tulang-belulangnya lemah, menjadi tidak berdaya sama sekali. Terakhir, aku mendatangi ibu untuk membujuknya supaya dia mau makan dan minum walaupun agak sedikit. Tetapi ibu memang keras. Beliau tetap menolak dan bersumpah akan tetap mogok makan sampai mati, atau aku meninggalkan agamaku, Islam.

Aku berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari agamaku) sungguh aku tidak meninggalkan agamaku karenanya.”

Tatkala ibu melihatku bersungguh-sungguh dengan ucapanku, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya kepada Nabi Muhammad SAW:

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,”



Betapa teguhnya keyakinan bapa saudara Rasulullah SAW ini... semoga menjadi contoh ikutan kita...



Inilah rupanya Masjid Abi Waqas yang menjadi impian kami untuk jejakkan kaki semenjak perancangan kami untuk ke Guangzhou ni. Alhamdulillah... :)



Pintu utama masuk keluar ke Masjid Saad bin Abi Waqas



Selesai menziarahi Masjid dan bersolat di sana, kami meneruskan perjalanan kami dan terjumpa pulak dengan beberapa deretan kedai makanan halal ni. Semuanya kebetulan sebab kami memang tak gunakan khidmat tourist guide. Menikmati mee cina yang dibuat on the spot... memang satu pengalaman yang menarik melihat kecekapan mereka menguraikan adunan tepung sehingga menjadi mee... :)



Bukan main pulun encik hubby... :)



Tengok brother tu... Sedap sehingga menghirup kuah dari mangkuk :)









Buah-buahan yang sangat segar dan manis-manis belaka... yummy!

No comments:

Post a Comment