Wednesday, September 24, 2014

Episod Renovasi Rumah...

Kat mana nak mula ya kalau nak sembang pasal house reno nih?

Ehmmm...

Pertamanya apabila pelan rumah dah diluluskan pihak Majlis Perbandaran di tempat masing-masing tu, bolehlah mula cari-cari kontraktor untuk dapatkan sebutharga.

Sebaiknya dapatkanlah sebutharga daripada beberapa kontraktor untuk buat perbandingan. Tapi nak buat pemilihan ni bukan mudah jugak.

Rasanya tak sedikit yang cenderung untuk pilih sebutharga yang rendah kosnya, kan? Antaranya kamilah tu... mengaku sambil angkat dua tangan ke atas :b

Dengan pengalaman tawar yang kami dapat, inginlah kami bagi nasihat sikit ni.

Kontraktor ni sebelum dapat projek, kemain dia main harga yang rendah aje untuk pancing kita dulu kot. Selepas tu bila dah dapat, tiba-tiba pulak nak beli itu tak cukup duit, nak beli ini tak cukup duit. Senang cerita macam konon-konon under estimate la. Terpaksalah pulak kita mengorek duit kat mana sumber lagi untuk top up. Huhhh!

Selain tu, ada bagusnya juga kita pergi melawat projek yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor tu dan bertanya pemilik kepada rumah yang dibina sama ada pemilik rumah tu puas hati atau tak dengan hasil kerja mereka tu.

Kami ni tak sempat nak minta banyak sebutharga dan survey pelbagai al-maklum nak mengejarkan masa supaya sempat anak boleh masuk sekolah baru bermula tahun baru.

Kami ni pilih kontraktor tu atas dasar percaya dengan kawan sekampung sebab dah kenal lama tup-tup dikenakannya kita ni. Aduyai... kawannn... *tepuk dahi*

Apa-apapun walaupun nak menyiapkannya macam terhegeh-hegeh sikit tapi akhirnya dapatlah disiapkan juga setelah menukar kontraktor lain dengan tambahan kos. Apa lagi... hmmm...

Layannn je le gambo progress rumah kami ni...



















No comments:

Post a Comment