
Dalam 2-3 minggu lepas, saya dan En Suami ke satu nurseri tanaman berdekatan kawasan rumah nak menanya pasal rumput. En Suami dah tak larat nak menggalas mesin potong rumput nampaknya... haha... Nak upah warga asing yang dok ambil upah itupun fikir panjang jugak... Entah berapa yang diorang akan caj untuk laman depan dan belakang rumah tu.
Tapi, yang nak ceritanya di sini pasal sikap orang kita dalam bisnes... Sebelum ni kami pernah ditipu oleh kontraktor yang kemain manis mulut sebelum nak dapat projek... Duit tak menyempat-nyempat dimintanya konon untuk beli bahan binaan tapi disonglapnya entah ke mana. Bahan binaan rumah tak dibelinyapun. Paling tak boleh tahan adalah si Mamat tu kawan sekampung En Suami. Huhhh... ingatkan boleh dipercayai! Sabau je la...
Balik kampung hari tu, adik ipar buat kenduri aqiqah anaknya dan emak kontraktor tu turut dijemput. Kasihan pulak kami apabila emaknya menyapa kami sambil minta maaf kerana katanya dia tidak sangka anaknya akan buat begitu... Alahai kawan... kesian mak kamu dengan perbuatan kamu tu... :(
Berbalik ke kisah laman, inipun satu hal lagi... Duit nak cepat aje tapi bila dah bagi... lambat pulak datangnya... rumputpun dah tumbuh semula... haihhh!
Kami buat keputusan nak buat sikit-sikit dulu... bajet jangan tak bajet... huhu...
Ehmmm... nak kena telefon tauke nurseri tu nampak gayanya ni... takkan nak terkena lagi kot?! Aiyooo!!!
Sejuk sikit hati ni layan bunga-bunga yang berkembang di laman ni...

No comments:
Post a Comment