Friday, July 4, 2014

Mujahadah...

Hari ni di radio IKIMfm topik Jumaatnya "Menggapai Rahmat Ramadhan" bersama tetamu Kolonel Haji Nawawi Daud, Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Ramadhan satu madrasah melatih sabar dan mujahadah...

Apabila menyentuh mengenai individu yang menyertai peperangan secara persendirian di negara yang sedang bergolak atas nama jihad itu, saya tertarik dengan satu point yang diberikan iaitu jihad perlu izin dan arahan pemerintah.

Akal saya yang terhad ini mula memikirkan persoalan-persoalan seperti:-

1) Apakah pertimbangan-pertimbangan yang akan diambilkira sebelum pemerintah memutuskan untuk mengizinkan atau mengarahkan jihad???

2) Apakah akan ada pemerintah-pemerintah negara lain yang akan mengambil peranan ini...? Ehmmm... OIC...? Ooo I See...

3) Apakah semangat Nasionalisme ciptaan manusia itu yang menjadi penyebab dan kekangan untuk memutuskan perkara itu???

Salah satu pengertian Nasionalisme yang dipetik dari laman web Pancasila iaitu suatu dogma yang mengajarkan bahwa individu hanya hidup untuk bangsa dan bangsa demi bangsa itu sendiri. Lalu saya teringat akan kedua-dua ayat dan hadis ini. "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujuraat:ayat 10) dan "Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ternyata begitu kontra sekali, kan...? Antara ideologi ciptaan manusia yang terhad akal pemikirannya dan suruhan Pencipta kepada akal yang terhad itu tadi.

Entah bilalah nasib saudara-saudara Muslim yang dizalimi di luar sana akan terbela...?

Memang ada yang telah menghulurkan bantuan seperti bantuan makanan, bantuan perubatan, sokongan moral dan sebagainya tapi cengkaman 'mereka' itu ternyata lebih kuat hingga sewenang-wenangnya dan secara berterusan menekan kehidupan sejahtera yang sepatutnya dinikmati bersama penduduk dunia sehingga dirasakan bantuan yang diberikan hanyalah sekadar solusi sementara.

Hari ini diubati, esok tercedera lagi malah mungkin terbunuh...

Kemudahan yang dibina musnah lagi... dan dibina lagi...

Teringat satu hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Termenunggg...

No comments:

Post a Comment