Tetamu undangan pada kali ini adalah Sheikh Muhammad Muslim Eneborg dari Sweden.

Ada beberapa point yang begitu menarik perhatian saya...
Antara sebab berlaku salah faham bukan Islam terhadap agama Islam
* Akhlak umat Islam sendiri yang tak mencerminkan Al-Quran dan Sunnah itu sendiri
* Propaganda media yang berkepentingan
* Tidak mendapat maklumat yang sebenar
Beliau berpandangan perlu dipergiatkan lagi penerangan mengenai Islam yang sebenar kepada mereka non-Muslim melalui pelbagai saluran. Terdapat masjid-masjid di luar sana yang mengendalikan Mosque Open Day terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Satu pandangan yang sepatutnya kita boleh ambilkira dalam usaha menyampaikan di sini.
Kata beliau lagi, fokuskan untuk memberi maklumat yang benar bukan semata-mata untuk menarik mereka masuk Islam walaupun sememangnya kita mengharapkan semua manusia di dunia ini beragama Islam...
Wallah hua'lam...
Semoga semua yang membaca mendapat kefahaman yang jelas walaupun mungkin susunan ayat ini tidak begitu sempurna...
No comments:
Post a Comment