Woiiii! gila ka apa? Ni bunuh diri namanya!
First impression... begitulah biasanya, kan?
Ehmmm... kalau itu yang kalian fikirkan... nampaknya fikiran itu perlu diperbetulkan kerana itu langsung bukan maksud teman :)
Beginilah...
Apabila kita rancang kematian bermakna kita dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga dengan kematian. Takut mati.
Tapi takut itu takut yang bagaimana?
Mau lari dari kematian? Bagaimana? Ada yang pernah berjaya? Tak pernah, kan?
Kematian datang dalam dua keadaan.
Pertama, kita tahu kita memang berada di ambang kematian. Sakit kronik seperti kanser atau berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati.
Kedua, kita tak tahupun. Ia boleh terjadi dengan tiba-tiba tanpa kita sangka... Siapa boleh jangka sekejap lagi kita tiba-tiba terlibat dalam kemalangan dan maut?
Allah... yang kedua itu lebih amat menakutkan jika kita tidak benar-benar rancang kematian kita.
Jadi, apa maksud rancang kematian ni sebenarnya?
Rancang kematian agar segala apa yang sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan di dunia yang hanya sementara ini dapat membantu kita di Alam Barzakh yang khabarnya amat gelap gelita itu sementara menanti tiba masa dibangkitkan semula di Alam Akhirat itu kelak.
Alam Barzakh yang penuh dengan perkara-perkara yang menyiksakan jika tiada 'penyelamat' dibawa semasa hayat... Begitu juga di Alam Akhirat bergantung pada apa bekalan yang kita bawa ke sana... Banyaknya amal baik atau amal buruk?
Itulah rancang kematian... berbuat baik daripada sekecil-kecil perkara walaupun sekadar menahan diri dari membuang sampah di merata tempat atau sekadar mengutip duri di jalanan agak tidak tertusuk pada orang lain atau sekadar senyum sehinggalah kepada sebesar-besar perkara baik...
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
Begitulah pesan Baginda Rasulullah s.a.w kepada kita yang amat dikasihi Baginda.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang kematian kita...
No comments:
Post a Comment