Friday, October 31, 2014

Kosong

Apabila si pemuda yang bernama Syed itu menganjurkan program "I want to touch a dog", hampir seluruh 'dunia' jadi histeria dengan tindakannya itu.

Kenapa jadi 'histeria'? Tak layak aku nak mengulas tentangnya. Aku yang jahil ini lebih senang memegang prinsip asas najis Mughallazah dan mengikut Mazhab Shafie. Full stop. Ehmmm... tapi... tapi aku tidaklah pula berpandangan bahawa anjing-anjing itu tidak layak hidup di dunia ni kerana aku dan makhluk-Nya yang diberi nama anjing itu dijadikan oleh Pencipta yang sama namun atas peranan yang berbeza.

Teringat akan kata-kata hikmah ini...

“Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan” (Sayidina Ali)

Berapa ramai di antara kita yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga malah wang ringgit untuk perkara-perkara yang bermanfaat untuk manusia lain dan paling penting dalam redha-Nya itu?

Dan 'aku' sekarang ni. Apa yang 'aku' buat sekarang ni untuk umat???

Kosong...




No comments:

Post a Comment