Sunday, May 27, 2012

Kuliah Dhuha "Stairway to Heaven"



Tema kuliah pada hari ni adalah berdasarkan firman Allah "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka..."

Isi kuliah...

Majoriti penghuni Syurga adalah orang miskin manakala majoriti penghuni Neraka adalah wanita.

Bukanlah semua wanita tapi majoritinya.

Ustaz tak terangkan dengan lengkap untuk menepati masa yang dah dirancangkan tapi mama kongsikan kisah penuh untuk iktibar kita bersama.

Ramai Perempuan Penghuni Neraka

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis.

Mengapa Rasulullah menangis ?

Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1. Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

2. Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3. Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5. Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6. Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7. Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

8. Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Namun lelaki tak bolehlah relaks sebab di belakangnya ada isteri, anak-anak perempuan, ibu, saudara-mara perempuan...

Ustaz ambil point 11 untuk dibincangkan...

Isteri ada yang pukul rata. Kalau ada satu silap suami, habis semua kebaikan suami yang lain ditolak.

Utamakan penyelesaian bukan cari salah.

Pepatah mat saleh...
Ego orang atas suka cari salah orang bawah. Ego orang bawah suka cari salah orang atas.

Bab orang kaya... bukanlah tak boleh untuk jadi kaya atau jutawan jika Abdul Rahman bin Auf dijadikan sebagai teladan.

Seperti juga Khadijah yang membelanjakan harta ke jalan Allah. Rasulullah SAW begitu kasihkan Khadijah hinggakan jika ada makanan yang dimasak lebih, Baginda akan hantar kepada rakan-rakan Khadijah.

Betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada Khadijah hingga timbul juga rasa cemburu di hati Aisyah walaupun Khadijah telah wafat namun namanya sering disebut Rasulullah SAW.

Lucu apabila Ustaz buat dialog seolah-olah peristiwa ini di zaman sekarang.

Lebih kurang bunyinya...
"Abang Mad ni... jeleslah Cah. Asyik sebut nama Kak Jah je..." :)

Rasulullah SAW begitu kasihkan Khadijah kerana kepercayaan Khadijah pada Baginda walaupun di kala orang lain tidak percaya apa yang disampaikan Baginda.

"Pendidikan anak-anak bermula 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan."

Apa maksudnya? Maksudnya bakal ibu atau isteri itu perlu mendapat didikan baik terlebih dulu 20 tahun sebelum melahirkan anak.

Masalah umat Islam bukan kerana ketiadaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz tetapi kerana ketiadaan ibu yang mendidik Umar.

OK... begitulah pentingnya peranan seorang ibu...

Ustaz ceritakan kisah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan tadi.

Pada satu malam Saidina Umar bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yang cakna. Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu kerana ia merupakan satu jenis penipuan.

Akhirnya Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog: Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya, "Campurlah susu ini dengan air!", katanya. Serta merta si anak membantah seraya bertanya: "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab? "Umar tidak akan tahu", jawab ibunya spontan.

Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah beerti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”. Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya.

Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu seraya memberikan arahan kepada pembantunya, "Tandalah rumah ini!". Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah satu anak lelakinya seraya bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dengan seseorang yang sangat baik agamanya?". Tanpa pikir panjang lagi Ashim pun menjawab dengan penuh keyakinan, "Ya".[ Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]

Begitulah kisah seorang anak yang solehah telah memikat hati Amirul Mukminin untuk dijadikan menantu. Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Laila.

Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.

Tentang SUBCONCIOUS MIND... ada game atau bahan pelajaran anak-anak terselit unsur-unsur tidak baik seperti game dress up dan belajar abjad sekalipun tetap terselit unsur-unsur seksi dan terkinja-kinja.

Terus Mama terfikir "Ya la, patut ambik program pelajaran tempatan yang lebih bersopan" Hmmm...

God is our CEO!

Mak ayah TAK SAMPAI HATI NAK KEJUT ANAK BANGUN SOLAT SUBUH. "Biarlah cuti-cuti sekolah ni... kesian dia tiap-tiap hari kena bangun awal kalau hari sekolah..."

Mulakan perkahwinan dengan perkara yang tak beri berkat...

Sambut tetamu sampai tak berhenti solat dulu...

Pengantin tak solat sebab sayang ke mekap...

Huhu... ingatan buat Mama bila kahwinkan anak-anak nanti...

Mak bapak contoh teladan anak-anak. Action speaks louder than words.

Bab aurat... ada yang hanya 'bungkus aurat' bukan 'tutup aurat'. PAKAI BAJU ADIK KECIK.

Kata-kata seorang mat saleh Muslim
"Next time if you are looking for fault, do not use telescope but use a mirror."

Jangan cari salah orang saja, sibukkan diri cari aib sendiri dulu...

Cerita di TVpun dah beza. Kalau dulu bolehlah cakap "Itu mat saleh. Kita Islam tak buat cam gitu" Tapi sekarang? Sama naik... dah tiada beza... susah nak terang kepada anak-anak.

Antara tanda-tanda mak ayah berjaya apabila anak-anak boleh kongsi hal peribadi mereka pada mak ayah. Lebih baik daripada anak-anak dapat pandangan dan nasihat kawan-kawan yang belum tentu betul/salah.

PEER PRESSURE boleh buat anak-anak terikut tanpa tahu sesuatu tindakan itu betul atau tidak.

Setiap kita ada pernah lakukan kesilapan tapi tak perlulah cerita hal-hal kita di zaman Jahiliyah kita dulu.

Sentiasa berdoa dengan sepenuh hati...
"Ya Allah, janganlah perangai buruk aku diwarisi anak-anak atau zuriatku"

Tanda Allah kasih dan mahu beri kebaikan kepada diri hambaNya, campakkan rasa ingin ke majlis-majlis ilmu.

Tak mengapa kalau pergi banyak kali dan isinya sama saja. "REPETITION is MOTHER of Knowledge"

Sifat laki sangat penyabar. Boleh dengar anak nangis si suami tetap sabar. Sabar tidur! :D

Pasangan suami isteri kena sentiasa taaruf walau berapa lama usia perkahwinan. Kenal paling utama adalah kenal perubahan pada diri masing-masing. Contohnya perubahan fizikal. Kalau dulu isteri boleh joging laju, dah meningkat umur, setakat joging perlahan atau jalan-jalan saja. Bertolak-ansur...

Why men don not listen, women cannot read map? :)

Laki kalau banyak masalah dia diam seribu bahasa sebaliknya perempuan... pot pet pot pet... :D

Kisah sepasang suami isteri yang di ambang perceraian datang berjumpa seorang Ustaz. Ustaz beri peluang kepada kedua-dua bercakap.

Setelah dengar kedua-duanya, kemudian Ustaz tanya satu soalan.

"Dalam sehari, solat 5 waktu cukup tak?"

Terus kedua-duanya menangis lalu keluar bilik dan hilang dari pandangan.

Apabila tiang agama berani diabaikan, masalah atau dosa-dosa lain juga akan terikut.

Bawa anak-anak ke majlis ilmu.

Nabi cakap ada dua kegilaan. Kegilaan pada harta atau pada ilmu.

Makin dicari makin rasa tak cukup.

Jangan jadi macam burung kakak tua... ikut saja tanpa faham apa-apa.

Kalau pagi, si kakak tua cakap "Selamat Pagi, Selamat Pagi"

Tengaharipun "Selamat Pagi". Petangpun dia cakap "Selamat Pagi"

No comments:

Post a Comment