Friday, September 27, 2013

Dilema dan Pertimbangan

Diari Baby Zahra

Nampaknya jaundis baby Zahra masih belum hilang sepenuhnya dan dikategorikan dalam prolong jaundice. Anak yang lain tidaklah lama jaundisnya seperti baby Zahra ni yang melebihi hari ke-15. Ada yang kata kemungkinan disebabkan darahnya yang berjenis O memang agak lama untuk pulih daripada jaundis.

Ada yang nasihatkan Mama hentikan dulu susu badan. Keliru juga Mama dibuatnya. Mama ada bertanyakan doktor semasa check up. Doktor nasihatkan Mama teruskan juga kerana katanya memang ada enzim di dalam susu ibu yang memberi kesan tapi maslahatnya lebih banyak berbanding mudaratnya.

Mama terfikir juga bagaimana dengan bayi-bayi di zaman Rasulullah S.A.W dulu? Adakah jaundis ini telah sememangnya wujud dari dulu lagi atau ia ada kaitan dengan pemakanan manusia di zaman ini? Wallahua'lam...

Beginilah hidup manusia. Tak dapat lari dari menghadapi dilema dan keperluan membuat keputusan dan pertimbangan.

Pengalaman hidup mengajar Mama untuk mengambil pendekatan bertindak berdasarkan panduan yang paling dipercayai. Bagaimana tu?

Umpama seorang pengembara yang ingin pergi ke suatu tempat, adalah lebih meyakinkan jika kita membawa bersama panduan iaitulah kompas ataupun peta ataupun boleh juga bertanyakan kepada yang tahu (alim) mengenainya.

Begitu juga dengan analogi sekiranya kereta yang rosak. Sepatutnya dibawa sama ada kepada yang mengeluarkan/menghasilkannya atau kepada mekanik yang tahu memperbaikinya. Tak boleh sembarangan. Nanti makin rosak jadinya.

Begitulah hidup manusia. Perlu berpandukan petunjuk yang sepatutnya dari Pencipta. Juga disokong dengan penyelesaian saintifik yang berlandaskan kajian akal anugerah daripada Pencipta juga dengan berpandukan kepada tujuan dan niat untuk kemaslahatan umat juga.

Semoga dipermudahkan urusan hidup kita semua dan semoga Allah redha... Aamiiinnn...

No comments:

Post a Comment