Sehari dalam hidup ini...
6 pagi - 6 ptg (12 jam) : keluar bekerja
6 ptg - 10 mlm (4 jam) : masa bersama keluarga di rumah
10 mlm - 6 pagi (8 jam) : tidur
Nampak tak di situ??? Hanya 4 jam berpeluang bersama keluarga!!! Hampir separuh hari diperuntukkan untuk bekerja dan selebihnya 8 jam lagi demi memenuhi tuntutan keperluan fizikal yang perlu berehat demi meneruskan kelangsungan hidup keesokan harinya.
Jangan salah sangka. Bukan mengeluh cuma ingin berhenti seketika bermuhasabah diri tentang tujuan hidup ini...
Masa yang sedikit bersama keluarga akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mendidik diri dan setiap ahli keluarga untuk hidup di dalam redha Allah dalam melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
Banyaknya masa untuk kerjaya akan diseiringkan dengan nilai-nilai ibadah di dalamnya. Halal, berdedikasi, amanah, tepati masa...
Tidur ini juga ingin dimaknakan dengan lafaz Bismillah... Ya Allah, ingin kutidur seketika demi memenuhi hak jasadku yang keletihan ini kerana sentiasa setia bersama ruhku dalam melaksanakan segala kewajipan ini sebagai seorang hamba-Mu ya Allah...
No comments:
Post a Comment