Sebelum ke sana, dah ready print borang yang dah diisi melalui online dan 2 gambar berukuran pasport berlatar belakang biru. Walaupun tarikh pemergian kami agak lambat lagi tapi apa salahnya buat awal, ye tak? Lagi sebulan nak perginya... 4.2.2012.
Tiba di Plaza OSK jam 10.12 pagi. Parking kereta RM3.00 utk jam pertama.

Parking di hadapan bangunan Plaza OSK. Bayaran parking RM3.00 per jam.
Alamatnya:
Tingkat 2, Plaza OSK
25 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia.

Yang perlu submit:
1) Borang permohonan - boleh dapatkan dari kaunter atau terus isi secara online dan print out.
2) 1 gambar pasport background biru.
3) Pasport Asal (pastikan pasport masih valid melebihi 6 bulan dari tarikh akan ke sana)
Tunjukkan borang yang dah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan, terus dapat nombor giliran.



Tempoh menunggu kami hanya sekejap saja. 10.29 pagi dah selesai. Mungkin kerana bukan musim orang ke sana sangat, maka tak ramai di pejabat tersebut. Tak sangka pula mudah gitu. Apabila nombor dah dipanggil, serahkan borang yang sudah dilekatkan gambar beserta pasport. Itu saja. Pegawai di kaunter akan keluarkan satu resit dan beliau juga akan inform tarikh untuk datang collect pasport bersekali dengan visa di dalamnya (kalau tak silap dalam tempoh 3 hari saja dah siap). Jangan lupa semak resit yang diberikan sebelum pulang manalah tahu jika ada kesilapan.
Bayaran hanya perlu dibuat semasa datang collect pasport nanti. Kami mohon awal maka cajnya berbeza berbanding visa yang dimohon untuk dikeluarkan segera. Caj visa single entry untuk seorang adalah RM30 dan caj servis RM28. So, jumlah untuk kami berdua adalah RM60 + RM56. Semuanya RM116.
Dah settle! Selesanya... tak ramai dan cepat :)
Visa application - checked!

Hotel booking - checked!
No comments:
Post a Comment