Wednesday, September 28, 2011

Bibik Balik Kampung

22.9.2011

Semasa balik ke rumah waktu rehat hari Khamis tiba-tiba Bibik cakap pada Mama nak minta cuti 2 bulan utk balik ke kampung halaman di Surabaya untuk selesaikan masalah peribadinya.

24.9.2011

Keluar dari rumah jam 7.40 pagi nak kejar check in di kaunter walaupun dah self check in di portal Air Asia. Departure time 9.20 pagi. Sampai saja di sana dalam jam 8.15 pagi dah buat last call check in! Aishhh... lewat sgt ke? Sebelum ni Bibik hanya bawak balik handbag dan hand luggage saja tak sangka pulak kali ni balik dia nak angkut sampai 3 beg utk check in plus yg sorang tak tanya dan yg sorang tak cakap! Tak pasal-pasal kena bayar mahal sebab last minute check in. Sepatutnya caj utk 3 beg tak sampai RM100 disebabkan kesilapan diri, terpaksa bayar RM730!!! Mak Aihhh!!!

Entah kenapa walaupun Bibik dah kerja lama dengan famili hampir 8 tahun dan biasanya dia akan balik semua tapi instinct kali ni berat rasa macam bibik dah tak nak kerja lagi walaupun dah pesan padanya kalau tak nak kerja lagi cakap awal-awal supaya sempat Mama buat preparation mencari pengasuh dan sebagainya lagi.

Sebagai langkah persediaan esp mental sebab dah lama dibantu Bibik dalam urusan kerja di rumah, Mama minta anak2 Mama juga jangan manja2 sangat, belajar berdikari... basuh kasut sekolah sendiri, basuh pinggan dan cawan masing-masing dan tugas2 lain yg boleh dibuat sendiri.

Alhamdulillah kids are coping well... Mama of course lebih letih daripada biasa tapi pasrah mengenangkan sampai bila kita nak bergantung pada maid...?

Di saat ini Mama sangat2 teringatkan akan sebuah hadis yang sering kita dengar... antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Rasa macam terkejar-kejar masa ketika ni... semoga Allah permudahkan urusan... amiinnn...

No comments:

Post a Comment