Thursday, March 29, 2012

Daftar Sekolah Tahun 1

Walaupun dah tiga orang anak yang bersekolah masih terlupa apa dokumen yang sepatutnya dibawa ke sekolah semasa pengesahan pendaftaran sekolah masuk ke Tahun 1... dah la jarak dari rumah sekarang nak ke sekolah pergi-balik lebih kurang 50km gitu... disebabkan tertinggal dokumen terpaksa berpatah balik ambil dan pergi semula. 100km sudahnya... adoiii... tak sabarnya nak pindah rumah...

Tertinggal surat beranak original... geramnya...!

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran anak masuk sekolah Tahun 1:

1) Sijil Kelahiran (asal dan salinan)

2) Salinan KP ibubapa

3) Salinan Sijil Nikah

4) Salinan bil elektrik atau air

5) Cetakan permohonan masuk sekolah secara online

6) Sampul surat putih (114mm x 240mm) dan bersetem 60sen.

No comments:

Post a Comment