Thursday, June 11, 2015

JJCM Aunty Aini Garden Cafe

Sekali-sekala melalui jalan kampung Nilai lama ni, mata memandang saja pintu masuk ke Aunty Aini Garden Cafe ni. Landskap di luar pintu masuk ke kafe ni yang begitu menarik membuat hati ni teringin benor nak menjengah masuk ke dalam dan melihat suasana di sebalik tembok batunya.



Masuk saja ke dalam hati terasa damai dikelilingi pokok-pokok yang rimbun dan cantik.








Asyik sangat melayan mata melihat suasana di sekeliling kafe ni sampai terlupa pulak nak ambik gambar menu-menu masakan yang dipesan... heee...



Namun, apa yang pasti, masak lomak daging salai, sup tulang ekor, asam pedas ikan jenahak, kerabu pucuk paku, kailan ikan masin dan ulam-ulaman bersama sambal yang kami sekeluarga pesan memang licin habis... :D

Silalah mencuba sendiri menu-menu masakan kampung dan masakan barat yang disediakan... ^_^

Tuesday, April 7, 2015

Tazkirah tentang IKHLAS

Disiplin berfikir

Kenapa masuk majlis ilmu?
Kerana ia tradisi orang-orang soleh... Sunnah...

Buya Hamka
Kalau nak mengenal hati di tahap mana?

Tengok apa yang kita suka. Itu gambaran hati kita.

Hanya lalat yang suka pada sampah. Orang kalau hati kotor, suka yang kotor juga.

Hiburan orang beriman adalah majlis ilmu...

Kalau orang jenis pengotor, dia suka benda-benda kotor.

Hati manusia tak tetap, bermusim, iman naik turun...

Re-charge! Duduk dalam majlis ilmu...

Ikhlas
1) Niat
2) Apa itu ikhlas?
3) Kesan apabila beramal tapi tidak ikhlas
4) Ciri-ciri orang ikhlas
5) Maksud kerja yang ikhlas
6) Riak

* Niat *

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Setiap amal bermula dengan niat.

Semasa kita buat baik mesti sebut "Sengaja aku..." atau "Sahaja aku..."

Kamu akan dapat berdasarkan niat

Analogi tentang laut

Nelayan niat untuk cari rezeki di laut

Pelancong niat untuk rasa ketenangan di laut

* Ikhlas *

Apabila kita ikhlas, akan datang sifat-sifat mahmudah yang lain dalam diri.

3 peringkat beramal:
1) Buat sebab nak pahala dan Syurga
2) Takut dihumban ke Neraka
3) Memang kerana Allah (redha)

* Kesan apabila beramal tapi tak ikhlas *

Ada si polan jumpa Nabi nak jadi imam padahal ada Bilal bin Rabah r.a, Nabi uji suruh si polan itu datang masa Subuh. Si polan azan tapi Malaikat tak dengar. Malaikat tanya mana Bilal sedangkan dah azanpun.

Derma semata nak pujian orang

Salah orang wajib ditegur, salah sendiri buat tak reti

Suka gaduh benda yang kecik dan tolak nasihat

Kisah Saidina Ali

Saidina Ali ra ketika dalam perang dia bergelut dengan seorang musuh. Baru nak bunuh musuh tadi. Musuh itu telah ludah muka Saidina Ali ra. Ali ra tidak jadi bunuh musuh tadi. Bila ditanya musuh kenapa? Jawabnya tadi aku nak bunuh kamu kerana Allah. Bila kamu ludah aku..aku takut aku bunuh kamu kerana nafsu aku.. Orang tadi memeluk Islam..

* Ciri-ciri orang ikhlas *

1) Tawadduk (rendah diri) kisah seorang alim yang mencuci tandas
2) Buat bersungguh! Istiqamah!

Kisah Qadir Al Jailani

Nama Syeikh Abdul Qadir al-Jailani tidak asing lagi dalam dunia Islam. Beliau dikenali sebagai Sultan para wali (Sultanul awliya') dan berketurunan Nabi Muhammad menerusi Saidina Hasan bin Fatimah binti Rasulillah saw. Namun tahukah anda bagaimana kisah ibubapanya sehingga melahirkan anak yang menjadi penghulu segala wali ini. Ia bermula dari ketakwaan bapanya yang bernama Abu Salih. Ikuti kisahnya seperti yang berikut.

Abu Salih seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Oleh kerana terlalu lapar beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan separuh epal tesebut, beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mengemudi kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa dengan tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Sheikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Sheikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....
Namun!... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!
Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.
Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Sheikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.
Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, tuli dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan tuli boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan.

Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.
Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Sheikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........

Shaikh Sawma'I : Ya benar...! Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!

Kisah Imam Shafie

Imam Shafie suka minum susu kambing. Lemah hafalannya setelah disiasat rupanya kambing yang selalu diperah susunya pi makan rumput orang.

Ikhlas itu kerana nak dapat redha Allah.

Kerja sebagai satu alat untuk dapat redha Allah.

* Riak *

Menurut Imam Ghazali

1) Kita teruskan saja buat amal nanti ikhlas datang

2) Ikhlas dulu, beramal tapi nak tunggu yang ini sampai ke sudah tak buat!

Tidak riak jika...
1) Kalau kita terdorong untuk buat amal itu kerana orang buat cth sunat ba'diah
2) Berpakaian indah dan cantik untuk ibadah kerana Allah. Allah suka nikmatNya diperlihatkan untuk Dia.
3) Dipuji setelah beramal... adusss... yang ni kena semak semula. almaklum tulis nota dah macam doktor.. diri sendiri dah tak faham point ni :-]

Masjid Sultan Hisamuddin Sepang